Monday 28 February 2011

Kisah Duka Menyedihkan Ppelajar Perempuan Palestin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_rwjZiJil8JEvotQB36DXMm36l6ZHBonbAolVqAgcNXWlaBoR2dpE6HlGdhoHLWah8YjFa_uRKGRmzV9lRLNjoHkewNgCsW8JA7zubB2MfkfWOvm6p5OVKlpRIg6lUSJlyAo9oZl93uQ_/s400/kawan%2520kat%2520skola.bmp

Ini adalah kisah tentang seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah perempuan di Palestin. Hari itu dewan sekolah ada perhimpunan seperti biasanya.

Di antara keputusan dan arahan yang dikeluarkan semasa perhimpunan ini adalah pemeriksaan mendadak bagi pelajar perempuan di dalam pakaian .

Dan benar, dibentuklah pasukan khusus untuk melakukan pemeriksaan dan mulai membuat pemeriksaan. Pemeriksaan dilakukan terhadap segala hal yang dilarang masuk di kawasan sekolah seperti hand phone berkamera, foto-foto, gambar-gambar dan surat-surat cinta serta yang lainnya.

Suasana pada masa itu nampak normal dan terkawal, keadaannya sangat tenang. Pelajar perempuan menerima perintah ini dengan senang hati. Mulailah pengawas pemeriksa memeriksa semua ruangan dan pakaian dengan penuh percaya diri.

Keluar dari satu ruangan masuk ke ruangan lainnya. Membuka beg-beg para pelajar di depan mereka. Semua beg kosong kecuali berisi buku-buku, pena dan peralatan diperlukan semasa kelas lainnya.

Hingga akhirnya pemeriksaan selesai di seluruh ruangan kecuali satu ruangan. Di situlah bermula kejadian. Apakah sebenarnya yang terjadi ???
 
Pengawas pemeriksa masuk ke ruangan ini dengan penuh percaya seperti biasanya. Pengawas meminta izin kepada para pelajar untuk memeriksa beg-beg mereka. Dimulailah pemeriksaan.

Pada masa itu di hujung ruangan ada seorang pelajar yang sedang duduk. Dia memandang kepada pengawas pemeriksa dengan pandangan terpecah dan mata nanar, sedang tangannya memegang erat begnya. 
 
Pandangannya semakin tajam setiap giliran pemeriksaan semakin dekat pada dirinya. Tahukah anda, apakah yang dia sembunyikan di dalam tasnya ???

Beberapa saat kemudian pengawas pemeriksa memeriksa pelajar yang ada di depannya. Dia pun memegang sangat erat begnya. 
 
Seakan dia mengatakan, demi Allah mereka tidak akan membuka beg saya. Dan tiba lah giliran pemeriksaan pada dirinya. Dimulailah pemeriksaan.

Tolong buka beg kamu anakku, kata seorang guru anggota pengawas pemeriksa. Siswi itu tidak mahu membuka begnya. 
 
Dia melihat wanita yang ada di depannya dalam diam sambil mendekap beg ke dadanya. Barikan begmu, wahai anakku, kata pemeriksa itu dengan lembut. 
 
Namun tiba-tiba dia berteriak keras: tidak … tidak … tidak …
Teriakan itu mengejutkan para pemeriksa lainnya dan mereka pun berkumpul di sekeliling pelajar tersebut.

Terjadilah pergelutan sengit: berikan … tidak … berikan … tidak …
 
Apakah rahsia yang dia sembunyikan??? Dan apa yang sebenarnya terjadi???
Maka terjadilah adegan perebutan tangan untuk memperebutkan beg yang masih tetap berada dalam blockade pemiliknya. 
 
Pelajar lain pun terkejut dan semua mata terbelalak. Seorang guru wanita berdiri dan tangannya diletakan di mulutnya. Ruangan tiba-tiba sunyi.

Semua terdiam. Ya Ilahi, apakah sebenarnya yang ada di dalam beg tersebut. Apakah benar bahawa si Fulanah (pelajar) tersebut ….
 
Setelah dibuat perbincangan akhirnya pengawas pemeriksa sepakat untuk membawa pelajar dan begnya ke bilik, supaya dapat dilanjutkan pemeriksaan yang barang kali mengambil masa yang lama …

Pelajar tadi masuk ke bilik sedang air matanya bercucuran bagai hujan. Matanya memandang ke arah semua yang hadir di ruangan itu dengan tatapan penuh benci dan marah. 
 
Bagi mereka akan mengungkap rahsia dirinya di hadapan orang banyak. Ketua pengawas pemeriksa memerintahkannya duduk dan menenangkan situasi. 
 
Dia pun mulai tenang. Dan guru besar sekolah pun bertanya, apa yang kau sembunyikan di dalam beg wahai anakku …?

Di sini, dalam keadaan yang sukar dan sulit, dia membuka begnya. Ya Ilahi, apakah gerangan yang ada di dalamnya??? Bukan. Bukan. Tidak ada sesuatu pun yang dilarang ada di dalam tasnya. 
 
Tidak ada benda-benda haram, hand phone berkamera, gambar dan foto-foto atau surat cinta. 
 
Demi Allah, tidak ada apa-apa di dalamnya kecuali sisa makanan (roti). Ya, itulah yang ada di dalam begnya.

Setelah ditanya tentang sisa makanan yang ada di dalam begnya, dia menjawab, setelah menarik nafas panjang.
 
“Ini adalah sisa-sisa roti makan pagi pelajar lain, yang masih tersisa separuh atau seperempatnya di dalam bungkusnya. 
 
Kemudian saya kumpulkan dan saya makan sebahagiannya. Sisanya saya bawa pulang untuk keluarga saya di rumah …Ya, untuk ibu dan saudara-saudara saya di rumah. 
 
Agar mereka memiliki sesuatu yang boleh dibuat untuk makan siang dan makan malam. Kami adalah keluarga miskin, tidak memiliki siapa-siapa. 
Kami bukan siapa-siapa dan memang tidak ada yang bertanya tentang kami. Alasan saya untuk tidak membuka beg, agar saya tidak malu di hadapan teman-teman di ruangan tadi.”

Tiba-tiba suara tangis meledak ruangan tersebut. Mata semua yang hadir bercucuran air mata sebagai tanda penyesalan atas perlakukan buruk pada siswi tersebut.
 
Ini adalah satu dari sekian banyak peristiwa kemanusiaan yang memilukan di Palestin.

Peristiwa ini juga terjadi di sekitar kehidupan kita. Kita tidak tahu, barang kali selama ini kita tidak peduli dengan mereka. 
 
Doa dan uluran tangan kita, setidaknya boleh sedikit meringankan penderitaan mereka. Khususnya saudara-saudara kita di Palestin yang hingga kini terus dilanda tragedi kemanusiaan akibat penjajahan Zionis Israel.akugerhanavenus

Kisah Cinta Sejati Seorang Ibu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQNnbbEVTq7nic6V1HIEwxQ0Z3lcYGdsZu5xg0aoKCE0XJeersZSivgp7z4h26qOXHSvw3Xz0H2IG0wwaPlhY9UYHVp1Mr9wX7TcDv9rQjC3wm87sQow4LG0NHEYongG9GMSz7ZF5Z-Ot-/s1600/munajat_by_gazoleena.jpg

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya.

Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."

Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani.

Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi.

Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu.

Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang,

"Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah s.w.t.kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, 


"Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung."


Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.

Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu.

Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t.. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya.

Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah 
Allah s.w.t. iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah s.w.t. memberikan mereka kemenangan atau syurga.

Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari.

Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah s.w.t..

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,

"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi." 


Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."

Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,

"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri. Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi." 


Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,

"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."

Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang.

Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu.

Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya.

Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah.

Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri. 


Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa.

Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan, 


"Segala puji bagi 
Allah s.w.t., yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"

Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan

'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."KisahTeladan

Kisah ibu Smith memeluk Islam kerana akhlak anak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEga7lfsdEkN1oHr8r9hKKNqRd9uH6MORDlirCOwvr_30HVH4RzFHevLrx2A1UFjO59K5uTH9eg0xTW5hEpEGHk77r_HmMh3959CzL0bF03NMVOgWTBXPEFt6Nvgu76EYxYxzs0F1YKVmUUP/s320/doa-untuk-ibu-bapa_1024.jpg
Kisah ini tentang seorang lelaki bernama Muhammad Abdullah atau Smith yang telah memeluk agama Islam daripada Kristian. Cerita ini disampaikan oleh Mohamad A Joban , Imam di Masjid Ar-Rahmah di Washington, USA.

Smith berasal dari Chicago, dan berpindah ke Olympia lebih kurang 17 tahun yang lalu. Dia selalu memakai kopiah putih sejak menjadi seorang Muslim.

Pada tahun 1996 , ibunya telah jatuh sakit di Chicago. Ketika dia tiba di rumah ibunya, ia membuka pintu dan ibunya berkata, “Adakah anda Smith?”

Dia berkata, “Ibu, Tidak, Nama saya sekarang adalah Muhammad Abdullah.” “Adakah anda Muslim?” Tanyanya.

Dia berkata, “Ya”.

Ibunya menjadi sangat marah, dan menanyakan mengapa ia mengikuti agama pengganas, kekerasan, dll Ibunya turut mengatakan macam-macam tentang betapa buruknya agama Islam.

Muhammad Abdullah memahami bahawa ibunya telah dicuci otak oleh media. Jadi, selama dia tinggal bersama selama dua minggu, ia tidak pernah berbicara tentang Islam.

Dia hanya menunjukkan dia Islam melalui tindakannya. Dia memasak, membersihkan rumah, membawa ubat-ubatan, dan menemani ibunya sebelum dia pergi tidur.

Ringkasannya, dia memberikan layanan yang baik dan mengambil berat, dengan kebaikan. Ketika tiba waktunya untuk berdoa, dia meminta izin dan berdoa di sisi ibunya.

“Smith, datang ke sini,” kata ibunya selepas dua minggu. “Tahukah anda bahawa ketika anda masih kecil, ayahmu sering membawa anda ke gereja?

Tetapi gereja tidak pernah berubah gaya hidup anda. Bila anda menjadi seorang remaja, anda gunakan untuk pulang ke rumah mabuk-mabuk , dan memanggil nama saya dengan kurang ajar .

“Tapi sekarang anda benar-benar berubah. Anda terbang dari Olympia datang ke sini, melintasi ribuan kilometer, sementara kakak anda dan abang anda, yang tinggal di bandar ini, hanya menghantar bunga padaku dan memanggil saya melalui telefon. Selain itu, anda selalu membuat saya senang selama dua minggu.

Muhammad Abdullah berkata: “Bu, ini adalah Islam. Adakah anda tahu bahawa setelah Allah SWT meminta saya untuk menyembah Dia, Dia SWT akan meminta saya untuk bersikap baik kepada anda? (17:23).

Dan Nabi Muhammad saw (saw) mengatakan bahawa jika saya menyenangkan Allah, dan aku tidak menyenangkan anda, saya tidak akan boleh masuk syurga. Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa syurga berada di bawah kaki ibumu. ”

Lalu ibunya berkata, “Smith! Apa yang harus saya lakukan jika saya ingin menjadi seperti anda?”

“Adakah anda yakin, Bu? Kau kata sebelum ini bahawa ini adalah agama pengganas,” kata Smith.

Ibunya berkata, “Ya, saya yakin, kerana itu mengubah hidup anda. Ini mengubah keperibadian anda dan perilaku anda.”

Ibunya meninggal 3 tahun selepas itu dan Muhammad Abdullah Smith juga telah meninggal dunia pada 12 Mac 2008 . Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun

Ibunya menjadi seorang muslimah kerana perbuatan baik dan perilaku anaknya. Semoga Allah menempatkan mereka bersama-sama sekarang di tempat yang indah, amin.LoveloveIslam

Kisah Ahli Ibadah Bermasam Muka

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,

"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji.

Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"Sang Guru menjawab sederhana,

"Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria.

Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."
Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.Sebagaimana kata Rasulullah,

"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."

Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan.

Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga.

Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.

Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan.

Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi.

Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang."Anda ingin beramal soleh...?mushahidah

Neraka Jahanam

as salam buat semua pembaca blog...

hye semua.. harap korang dalam keadaan sihat sentiasa...
entri kali ni aku nak share tentang NERAKA JAHANAM..
Sapa tak tahu tentang neraka? mustahil korang tak tau apa tu neraka kan..kan..
dapat ke korang membayangkan neraka tu?
yang pasti aku sendiri pun tak nak membayangkan neraka jahanam ni..
Takut owh..! k.. tadi aku berblogwalking.. dalam aku berblogwalking tu aku jumpa entri yang berkaitan NERAKA JAHANAM.. so,dengan niat nak kongsi pengetahuan ngan pembaca lain@blogwalking2 yang lain.. aku copy ar artikel berkaitan ngan neraka ni.. seram owh membaca artikel ni..! dari artikel ni juga menceritakan RASULULLAH S.A.W JUNJUNGAN TERCINTA jatuh pengsan saat mendengar kata2 dari malaikat JIBRIL tentang umatnya yang berbuat dosa besar dan tidak sempat untuk bertaubat..! umat RASULULLAH S.A.W yang tidak sempat bertaubat ini akan di tempatkan di tingkat yang ke7 neraka jahanam.. k kalau nak tau lebih lanjut,baca la artikel di bawah ini..

::
::
::
::
::
::

Sahabat semua...bacalah....
Ya Allah... takutnyer...
bacelah sampai habis.. sekejap jer.. x sampai 5 minit.. pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk mendudukisyurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......
AMIN.....







Luasnya Neraka


Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehinggamerah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehinggahitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesarlubang jarum nescaya akan dapatmembakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akanmati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis,Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.




(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai)

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya ang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

''Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa (Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA Nabi Allah Yunus
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"




BETAPA BAGINDA RASULULLAH S.A.W MENYAYANGI KITA, UMAT ISLAM SEKALIAN ALAM~ MENGALIR AIR MATA BAGINDA BILA MENDENGAR BAHAWA ADA DI ANTARA KITA AKAN DI HERET MASUK KE DALAM API NERAKA~
BAGINDA RASULULAH S.A.W JUGALAH YANG AKAN MEMBERI KITA SYAFAAT KELAK~

NAMUN, KITA YANG TIDAK MENYAYANGI DIRI KITA SENDIRI~ KITA SENDIRI YANG MEMBINASAKAN DIRI KITA SEHINGGA MENJERUMUSKAN DIRI KITA KE LEMBAH KEMAKSIATAN DAN MENGIKUTI JALAN SYAITAN YANG MENYIMPANG DARI JALAN LURUS AGAMA ALLAH~

BAYANGKAN ANDAI KITA DAPAT MENJUMPAI BAGINDA SUATU HARI KELAK~ ALANGKAH MALUNYA JIKA KITA DITANYA BAGINDA MENGENAI KISAH HIDUP KITA SEMASA DI DUNIA~ PENUH DENGAN KEMAKSIATAN~
BERTAUBATLAH, SESUNGGUHNYA, MASIH ADA MASA UNTUK BERTAUBAT~
JANGAN SAMPAI NYAWA SUDAH DITARIK SAMPAI KE TEKAK BARU MAHU BERTAUBAT~

CINTAILAH RASULULLAH~ MELEBIHI CINTA KAMU KEPADA MANUSIA DAN MATERIAL YANG KAMU MILIKI~
KATAKAN: "YA RASULULLAH~ SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT MENCINTAIMU~ KAMI SEDIA BERJUANG DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA YANG TELAH KAU PERJUANGKAN SELAMA INI.."

YA ALLAH~
TERIMA KASIH KERANA MEMANJANGKAN USIA KAMI SEHINGGA KE HARI INI, AGAR KAMI DAPAT SEGERA BERTAUBAT DENGAN SEBENAR-BENAR TAUBAT~ SESUNGGUHNYA SYURGAMU ADA PRIORITI KAMI BERBANDING HARTA YANG ADA DI DUNIA~
SESUNGGUHNYA, HARTA DAN KEKAYAAN SERTA DUNIA MERUPAKAN SEMENTARA DAN TAK KEKAL~ AMPUNKAN KAMI YA ALLAH~ AMPUNKANLAH KAMI~

p/s:k.. kepada yang baca sampai habis tu tahniah kepada anda.. anda di galakkan untuk share entri ini.. bagi yang sudah maklum tentang entri ni.. apa salahnya baca semula kan? hehehe..
aku mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terasa hati dengan aku.. mana la tau aku bergurau tak kena tempat kan... ^_^ apa salahnya benda baik kita kongsikan bersama agar dapat menjadi peringatan pada diri masing2..